There was an error in this gadget

Wednesday, 30 September 2009

BERPINDAH WEB SITE

PENGUMUMAN,.....KITA TELAH BERPINDAH WEB SITE

BARU.....SILA LE MASUK...

http://utmjohor.ning.com/group/dka9295

DAN DAFTAR SEBAGAI MEMBER,.. JANGAN DUDUK KAT

LUAR, MASUK KAT GROUP DKA 9295

Thursday, 17 September 2009

Salam Aidilfitri.. (Mimie's family)



SALAM.. HAAAA... RAMAI KAN... INI LAH SEBENAR FAMILY MIMIE...
KAMI SESEMUA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MANA-MANA BORAK YANG TERLAMPAU HARAP DIMAAFKAN YE..
KAMI MENGALUKAN KEDATANGAN KAWAN-KAWAN KE RUMAH KAMI NI DI MELAKA ATAU PUN DI BUKIT JELUTONG.. ANYWAY SAVE NO NI YE... 019 6967367

SELAMAT HARI RAYA



Assalamualaikum W.B.T.

Sempena Ramadan yang dipenuhi keberkatan ini dan Syawal yang hampir tiba,saya sekeluarga ingin memohon kemaafan, terlebih terkurang harap dihalalkan. Selamat pulang ke kampung halaman, pastikan rumah yang ditinggalkan di dalam keadaan yang selamat. Kepada yang berkereta sendiri, pastikan kenderaan di dalam keadaan yang baik dan jangan cilok kiri kanan, ingat orang yang tersayang. Pesanan terakhir, raya nanti 'load' makan jangan berlebihan, takut 'design' yang telah diperolehi 'collapse'. Hehehe.. jangan marah ye, kira settle.

Njalok Ngapuro Yo;
Irfan Sarifudin

Salam AidilFitri dari Redzuan Sekeluarga




Dikesempatan ini kawe sekeluarga mohan agar semua salah dan silap baik semasa blogging maupun masa di kampus masa student dulu harap dapat rakan-rakan semua maafkan. Kalau ada hutang yang masih dijelaskan harap dapat dikhabarkan segera.

Raya ni kawe beraya di Selayang, Selangor aja (... almaklum Pn Ros dah tak berapa larat nak jalan jauh :) ). Jemput kengkawan semua bertandang ke rumah samada di Selayang maupun di Puchong bila ada kelapangan, bolehlah kawe masak special sikit. Rumah sentiasa terbuka. Kalu berkunci tu roger2 ke hp kawe. Tarikh open haus tu tak dpt nak bgtau lagi (sebab bibik dah lari).

Akhir kalam, Mohd Redzuan b Ahmad berserta Isteri Rohaya (@Ros) bt Che Ghani dan anak-anak Abdurrahman, Atiqah Batrisyia, Ammar Ezzuddin dan Aisyah Basyirah ingin mengucapkan:

* Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri *

SOCIAL NETWORKING UNTUK BEKAS DKA 9295

Salam kawan2 semua Selamat Hari raya yang akan menjelang tiba. Ini ada satu pengumuman. Kawan kita Rahmat Muslim (palapes) telah membuka social networking khas untuk DKA 92-95. Saya rasa elok kita beralih ke sana, sebab ial lebih teratur, senang dikendalikan seperti nak masukan koleksi gambar, setiap member ada page sendiri. yang penting ia selamat. saya dah masuk dan dah jadi member. Wan panter tu tau sebab dia dah masuk kat Palapes punya. sila la lawat dan daftar sebagai member free je. http://utmjohor.ning.com/group/dka9295
.......MOHD IZZAT SALO BIN ABDULLAH.......

Salam Aidilfitri...

Assalamulalaikum wbt,

Mengambil kesempatan dibulan yang mulai ini saya serta keluarga, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN. Yang balik kampung tuh berhati-hati semasa memandu. Semoga lebaran yang menjelang akan membawa keberkatan.

'Kepulangan'
(Rem, 2006)

Kesempatan tidak
datang berkali-kali.
Pulanglah.
Sementara ingatan
masih membara.
Ketika penantian
masih bermakna.
Idul fitri
satu simbolik hijrah
satukan kembali hati yang pernah berderai,
temui semula
ikatan yang pernah hilang.
Ikhlas,
Syarul Izam Sarifudin (Bart & Ejump)
Taman Setia Tropika, Johor Bahru

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Saya SURYATI SULAIMAN, suami ABDUL SYUKOR B. ABDUL RAZAK dan anak2 AISYAH SYAHIRAH dan ALYA SAFURA ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Saya akan balik beraya ke Raub, Pahang (17-21/9/09) dan di Melaka (21-26/9/09). Bagi yang berdekatan dijemput datang ke rumah.

Lin, kalu mu nak buat gather2 orang Melaka, ku termasuk dalam list tak? sbb ku kan dh jadi orang Melaka..

Tuesday, 15 September 2009

Beraya ke rumah Babat 1993


Assalamualaikum.....
Ingat lagi tak kepada yang pernah ikut rombongan raya ni pada 1993. Dari UTM naik bas ke Komtar, sambung bas ke Kangkar Tebrau, jalan kaki sekitar 500m melalui alur tayar kereta nak sampai ke sini. Lepas balik daripada rumah Babat ke rumah Ayom pulak. Jalan kaki juga, masuk ke kawasan logi takungan air PUB ( Sekarang ni dah jadi Taman Nusa Mutiara ). Masa tu rasa macam trill, maklumlah baru nak kenal kawasan luar daripada Skudai... he he he....
Disediakan oleh Rosmadi

Penghuni M42 Kg Resak 1995


Assalamualaikum..... Bagi mereka yang pernah menjadi ahli blok M42 masih ingat tak lagi.
Salam buat semua.
Rosmadi

Monday, 14 September 2009

ngantok bebenor













































Letih bebenor pose tu yop, sampai tangkap lentok habis!!
Ke berqiamullail sakan malam tadi
harap-harap dapatlah lailatul Qodr..hehehe
Enjoy the photos.. izzat.....

Sunday, 13 September 2009

Kegagalan Klasik CBP Wall

video


Video amatur ini diambil oleh rakan kepada kawanku yang berkerja di tapak pembinaan di sekitar K.L (lokasi tak jauh dari ex-penjara pudu dan Berjaya Times Square).

Contiguos bored pile (CBP) wall (berserta dengan struts dan waler keluli) adalah kaedah tembok penahan yang kerap digunakan untuk menahan pengorekan vertical yang dalam terutama untuk basemen yg mempunyai beberapa tingkat. Setiap element struktur penahan daripada borepile berserta tetulangnya, struktur waler dan strut keluli perlu dianalisis dan direka dengan cermat dan tepat.

Punca kegagalan tidak dapat dikenalpasti, tetapi berdasarkan bentuk kegagalannya adalah dipercayai strut ataupun waler keluli tersebut gagal menampung beban dari CBP wall tersebut. Lihatlah bagaimana 'catastrophic'nya akibat dari kegagalan struktur penahan tersebut.


~redzuan

Friday, 11 September 2009

EXPANTION JOINT - SOALAN MIMIE

Untuk menjawab soalan mimie berkenaan expantion joint kat bangunan. Gambarajah diatas menunjukan cara foundation, stump dan beam diatur. Tapi kena special design kat foundation sebab stump tak duduk tengah2 foundation. Tuan Ir. Redzuan, saya sebenarnya salah faham soalan mimie, saya ingat dua perkara yang berbeza dua column dekat dan expantion joint (almaklum le dah tua bak kata Jijah). betul kat u tu column kena duduk atas stump dan tak boleh atas ground beam je. harap penerangan ini dapat membantu mimie.
........Izzat

Wednesday, 9 September 2009

Tuesday, 8 September 2009

BERBUKA PUASA DKA 92-95 BAHAGIAN JOHOR

KAWAN-KAWAN YANG DATANG BERBUKA PUASA DI M-SUITE
DUDUK DARI KIRI FARID, DUAN SEMUT, IZZAT,FAIZ
BERDIRI DARI KIRI AYOM, BART, NOR HISYAM, IRFAN, ROSMADI, RASIDI
TUAN FARID TENGAH SIGN PAYMENT HEEE..... TERIMA KASIH TUAN

(SELAMAT DUIT AKU)



REDUAN (DUAN SEMUT), ROSMADI (MADI) & FAIZ


NOR HISYAM & SHAROM (AYOM) SEDANG MINUM AIR MADU



BART, FARID, IRFAN




BART & FARID

















video







Lebuhraya Senai-Desaru Pakej 1 & 2 Akan Dibuka Pada 10 September 2009




Nama : Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
Panjang : 76.70 Kilometer
Tarikh dibina : 18-Jul-2005
Alamat pejabat : No. 16, Jalan Palma Raja 2, Taman Dato' Chellam, 81800 Ulu Tiram, Johor
Konsesi : Senai-Desaru Expressway Berhad
Telefon Utama : 607-8616384
Fax : 607-8616154

Nota

Lebuhraya Senai-Desaru dapat menghubungkan bahagian timur barat bagi Negeri Johor. Panjang keseluruhan jajaran SDE adalah 77 km dan terbahagi kepada 3 pakej seperti berikut:-

· Pakej 1 (23.1 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Malaysia-Singapore 2nd Crossing (MSSC) ke Persimpangan Ulu Tiram ( 2 lorong 1 hala)

· Pakej 2 (26.9 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram ke Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru dan Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang (2 lorong 1 hala)

· Pakej 3 (27 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru ke Persimpangan Penawar (1 lorong 1 hala)

Terdapat 6 buah persimpangan bertingkat di sepanjang jajaran SDE:-

· Persimpangan Bertingkat MSSC
· Persimpangan Bertingkat Senai
· Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram
· Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru
· Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang
· Persimpangan Penawar

Lebuhraya ini akan beroperasi dengan sistem tol tertutup dan mempunyai 4 buah tol plaza serta dilengkapi dengan sistem perlampuan jalan, telefon kecemasan, 'Variable Message Sign (VMS)' di sepanjang jajaran dan kawasan rehat dan rawat di kedua-dua arah iaitu berhampiran kawasan Layang.
Lebuhraya ini akan dirasmikan bersama Menteri Kerja Raya dan Menteri Besar Johor pada 10 September 2009, jam 10.00 am, Plaza Tol Ulu Tiram

Monday, 7 September 2009

ALUMNI UTM




Makan Tengahari Bersama DKA 78-83










DKA 78-83 (Diploma Kejuruteraan Awam) telah mengadakan satu majlis makan tengahari pada 4 April yang lalu, bertempat di Cafe Alumni. Majlis reunion ini telah dihadiri oleh 60 orang Alumni DKA beserta ahli keluarga. Sambil menikmati hidangan tengahari yang istimewa bersama-sama Pengerusi DKA 78-83, Dato' Shaari Adam, Alumni mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan beramah mesra sesama mereka. Reunion ini menjadi platform mereka untuk berkumpul dan bertemu hampir setiap 3 bulan. DKA 78-83 merupakan antara SIG yang aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti mereka dan diharapkan menjadi contoh kepada SIG lain.
Berita ini saya petik daripada laman web Persatuan Alumni UTM http://www.utmalumni.org.my/. Saya berharap DKA 92-95 juga aktif melaksanakan aktiviti seperti ini. Bukan sahaja kita aktif dalam blog tapi juga aktiviti2 lain seperti perjumpaan ringkas sambil makan2 ringan.
..........MOHD IZZAT SALO BIN ABDULLAH

Friday, 4 September 2009

ACARA BERBUKA PUASA utmdka9295 BAHAGIAN JOHOR

TARIKH : 8/9/2009 (SELASA)
TEMPAT : M. SUITE JOHOR BAHRU
BAYARAN : RM 57 NET
SURAU DISEDIAKAN UNTUK SEMBAHYANG MAGHRIB, ISYAK, TARAWIH.
untuk proses tempahan sila SMS ke 0137084368 taip "Y"

Senarai Perwakilan yang telah mengesahkan tempat;
1.Rasidi (CD)
2.Halim Md Nor (Halim Jengka)
3.Rosmadi (Madi)
4.Nor Hisyam Bin Md Noh
5.MOHD RIDZUAN BAHARI (Duan kecik/Duan semut)
6.Farid Leman
7.Sharom (Ayom)
8.Mohd Izzat Salo Bin Abdullah (Salo)

9.Syarul Izam (Ejump/Bart/Ramlee Samsam)

Wednesday, 2 September 2009

Izaat...balik beraya di sabah ke?

Tuesday, 1 September 2009

SAJAK DARI RADIO IKIM

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...

Walaupun orang yang hadir itu merintih.... .
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna.. Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

zaman-zaman anak dara


Salam...
Haaaaa camne ade yg terkenang2 tak.. Kepada Jijah apa lagi tlg senarai kan nama ex-anak2 dara di atas ye.... dimulakan dengan gambar mu sendiri, hihihi ~Mimie

Friday, 28 August 2009



Taniah Izzat kerana dapat menyatukan sebahagian student DKA95....dah 14 tahun berlalu......terasa kelakar aku tengok korang punya bahasa.......sopan santun........tak macam masa jadi student......mungkin sebab masing2 dah jadi mak bapak budak....dah meningkat umur serta matang..mungkin..

Tuesday, 25 August 2009

MOTIVASI DARIPADA NORAZLIN

Atas permintaan Tuan Ir. Redzuan & sebagai memotivasikan kita semua.......

..apa-apa pun janji MASYUKK dari line yang halal... aku slalu gak jemput motivator2 utk rakan kongsi aku, nanti kalo ada yang bab2 rezeki, aku jemput ko. Biasanya bab rezeki ni aku suka jemput Tn Hj Hanim,salah sorang director Excel training. Dia ex-lecturer kat UPM. Aku tanya dia personally mcm mana dia boleh sampai tahap ni. Dia cerita,(lebih kurang halal la ye) kalau ada apa2 kenduri kat rumah mak dia, nanti adik beradik akan tong2 kos. Tapi dia pelik kenapa dia selalu tak diberi peluang utk tong2 skali. last2 dia tahu rupanya mak dia slalu ckp kat adik bradik lain...'nanti jgn minta kat Hanim, kesian dia, dia org MISKIN'. masyaAllah... can u imagine, i ni senior lecturer masa tu, gaji 6K, and yet my mother kata i orang miskin. (ye la sbb adik beradik lain suma business & millionaire). So dia isytikarah & ambil keputusan letak jawatan dan g buat biz..Excell kan buat training, pastu skrag ada resort dll. Alhamdulillah skrg saya dah berjaya buktikan pada mak saya saya juga seorang jutawan dgn aset 40juta....pastu di tundukkan muka dan cakap perlahan2(klakar giler masa ni)..walaupun saya masih lg anak mak yang paling miskin. Aduss...terlopong aku di buatnya...Mak dia dulukan kerani jek, tapi buka mini market dan tak silap aku org islam pertama kat johor yang buka shopping centre. Tapi skrg ni mak dia duduk kat penthouse mana ntah, halaman je luas 1 padang bola...nt aku share apa yang aku ingat ya, nak kais balik fail ..leceh... Bila kita jmpa dan bergaul ngan org mcm ni kan, rasa membuak motivasi... kalo tak tu asik jmpa org yang asik mengeluh susah je, kais bulan makan bulan, atau pun yang baru senang skit dah sikit 'makan luar'. adoiyai... sampai kesian laki aku asyik kena warning ngan aku je... So walau pun skrg aku kat MLM line, aku sentiasa cari peluang kat biz2 lain..sbb aku ngan laki aku punya perancangan by 40yrs, dah takyah keje..kalo keje pun suka2 je bkn sebab nak bayor hutang dsbnya. banyak2 biz...apsal ntah aku asik termimpi biz air je... kwang3x.. tp takkan nak jual kat pasar malam, nt aku pikir la macam mana nak adjust kasi standard skit. Korang jgn le gelak, biz air ni untung 600% tau..kalau makanan untung 100% je..

..... Norazlin Bt. Hj. Nordin

Juadah apa utk berbuka nanti...













































Saja nak bakar kengkawan time posa ni.



Apa juadah kegemaran korang time berbuka. Kalu nak pekena Nasi Kerabu, meh lah dtg umah aku. Kat Johor dengar kata ada Air Kathira ? Sapa pernah try, best ke ?

Apa petua kalu nak pergi Pasar Ramadan supaya kita taklah balik dengan juadah sampai tak cukup tangan nak pegang... :))





Selamat berbuka.





~redzuan

Sunday, 23 August 2009

Saturday, 22 August 2009

Gambar kat UTM


Salam,

Aku nak berkongsi gambar lama kat UTM..
tak banyak nama kengkawan yang masih aku ingat..antara yang ada kat dalam gambar..bad, fauzi, madi, pendi, sham, rosli@black, syuk, wan pachat, wan bazli, cai, masnun, hashim..gambar aku tak de sebab aku yang tukang ambik gambar..

Aku,
Mohd. Haryazi Abdillah

Friday, 21 August 2009

SALAM RAMADHAN DARI IZZAT SEKELUARGA

SAYA MOHD IZZAT SALO BIN ABDULLAH
ISTERI NORHAFIZA BINTI HAMIT
ANAK-ANAK, MOHAMAD NURIZZUDDIN
MUHAMMAD IFFAT NAJMI
MOHAMAD FARHAN HAKIMI

Mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita diterima Allah.

SALAM RAMADHAN (Azlizu, suami & anak2)

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.


Seribu senyuman ; belum tentu menawan hati
satu jelingan ; sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa ; meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan

Maaf Zahir dan Batin

Saya Azlizu binti Baharuddin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday, 19 August 2009

BONUS


Tuesday, 18 August 2009

IMPOSSIBLE IS NOTHING

Lesson learn…

Whoever v are, whatever v r doing, whatever v r facing, whatever v have…..

TQ Allah for everything U bestow on us..
To Anonymos : Leave the past behind..

Monday, 17 August 2009

Mencegah lebih baik dari merawat..
Amalkan bersama doa "Bismillahillazi ..... walafissamai wahuwas samiu'alim"

InsyaAllah, mudah2an kita sentiasa di dalam lindungan dan pemantauan DIA.. amin..
Kalo tak nampak artikel sebelah :-
Untuk cegah kite dari dapat H1N1, tiap2 pagi rebus and minum air jintan manis.
Kerajaan Arab Saudi pun edarkan air jintan ni untuk jemaah haji.
Wallahua'lam

Sunday, 16 August 2009

KAWAN KITA FARID

Askm semua,...
... ni gambo terbaru kawan kita Farid Leman,... sabtu lepas aku pegi tangkap dia kat rumah, bawa dia minum kopi pekat, so aku pun tangap gambo dia, heeee....
... tahniah le dapat anak ke-3, anak lelaki, anak dia pompuan, lelaki,lelaki...
...apa-apa hal pun aku memang banga ngan dia kerana telah berjaya sampai ke tahap sekarang sebagai pengarah syarikat kontraktor kelas "A" (ISEDECO BINA SDN BHD). Aku banyak belajar ngan dia tentang dunia kontraktor, tapi dunia consultant dia kena belajar ngan aku haaaa....sekarang ni dia tengah bertungkus-lumus mendapatkan P.E, sabar bro, kuatkan semangat.... tapi pengalaman yg tak dapat aku lupakan ngan dia ialah nak ngabiskan subject math masa sambung ijazah space utm terpaksa pegi KL tiap ujung minggu, kelas pulak kat kampus UM. akhirnya saya dan dia lulus juga walaupun terpaksa mengulang 3x,... Siapa terer main golf boleh ajak dia heeee...
Maaf sahabat klu tersalah tulis....

Oleh: penulis upahan : mohdizzatsalo

Friday, 14 August 2009

RAHSIA JUMAAT

Assalamualaikum..

Kenapa JUMAAT disebut sebagai penghulu hari (Saiyyidul Aiyam).. kerana kemuliaan dan kelebihannya. Nabi juge bersabda.. "sebaik-baikmatahari terbit adalah pada hari Jumaat.."

Antara peristiwa agung / keistimewaan yang hari Jumaat :-
1) Adam diciptkan dan Adam dikeluarkan dari syurga
2) Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat selepas Zohor
3) Matahari tidak terbit dan terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dari hari Jumaat
4) Allah makbulkan doa
5) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
6) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
7) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
8) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
9) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
10) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
11) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; ‘Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.’..

Thursday, 13 August 2009

Ciannn die
Geng.. sharing d info..

RAHSIA WARNA DAN SOLAT

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenagakerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wallahua'lam

Wednesday, 12 August 2009

CSI-dapat tangkap Halim Mohd Nor (alim jengka)




kumpulan CSI-JB berjaya menjejaki kawan lama Halim Md Nor (alim jengka)..... dimana beliau tidak lagi duduk di jengka, beliau duduk dan berdiri di JB dan bekerja sebagai Vice President di ISKANDAR Malaysia (IRDA) ... selamat datang ke JB. Dulu dia ni keje kat Ranhill bahagian consultant,...masa 2 dia banyak design bridge,... kedian dia kena hanto ke Sudan,... tak tahan panas kat sana dia balik m'sia,... lepas 2 kena hantar pulak kat Abudabi, ... panas lagi.... nasib baik kulit dia tak bertukar gelap,..... karang ni dia duk JB keje kat IRDA,... kes dia ni macam Azlizu ngan Roslan,.. asyik berjauhan ngan buah hati,.... kesiaaaaan dia,... tiap2 malam peluk bantal.........
Borak punya borak dah kul 11 malam..,perut dah sebu minum teh ngan Izzat, CD, Halim, & Rosmadi,... nak balik ni nak peluk bini... wasalam..

kad matrik pun aku simpan lagi, inikan pula kenangan manis ngan kawan2 masa belajar kat utm tetap segar dalam ingatan,.........siapa terer sebutle nama yang korang kenal....gambo ni diambil pada 28/12/92, semester k2




As'kumm semua & especially Ijat


Tak banyak nak contribute kat blog kau nie ..

Anyway .. good to know each others .. mungkin ramai yang kenal kot batch-batch lama kat gambar nie .. "kau org nampak tak makcik berkurung serba putih tu ..hehehhe"




Ijat .. sorry tak berapa familiar nak guna blogs nie..coz aku guna facebooks ..

Salam semua....sidi

E-mail: rcembi@streamyx.com













Tuesday, 11 August 2009

Subject: Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling
memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti
masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin
pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah
boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah
Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain
bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh
daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta
dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang
boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami
isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung
jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Monday, 10 August 2009

POLIGAMI
Artikel ni ditujukan khas untuk para suami2..( espesyeli En Izat & Rizuan yerrr)
a btol tak ape yang aku sebut pasal pegang tangan..

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua
isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda
berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka
(isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya
tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~... "
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda
berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ .
Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang
sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi
ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda
tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat
cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk
mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang
bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan,
dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW
selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah...
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan
mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut
undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada
suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda
setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada
isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah
mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin
anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan
serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya
wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
ALLAHUAKBAR~
Assalamua'laikum kengkawan.. sharing information.. sy nak kutip saham ahirat byk2 ni.. moga dapat dimanfaatkan bersame..


Penawar H1N1


(Kesahihannya tak tau ler, tp yg pasti kurma buah yg disebut dalam Al-Quran)
Salam..... sy (ntah sape ntah) baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun.
apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma





Ni ada doa2 untuk amalan kite.. ni yg sebaik2nye.. Al-Quran tu kan penyembuh.


Kalo dah kena baca selawat syifa'..

Friday, 7 August 2009

LDP CRACK











Thursday, 6 August 2009




Assalamualaikum


Disebabkan dah dibagi laluan kan.. so sy nak jadi org pertama ler nak inteprem ni.

Ni le gambo i yang latest.. jangan jeles yer.. dah halalan toiyibah.

Aaa ni aa pakwe i yang latest and lasting hingga ke syurga..amin. So tak yah la fleshbek citer lame kan.


Gamba makcik yang kena tutup muke tu, tak yah la sibuk nak tgk.. tu bibik i ler, takde talian darah, jadi tak yah la dia inteprem sekali.

Kalo cam, hubby sy tu senior masa kat UTM. Cuma sy tak kenal dia pun masa tu, kenal kat UK.


Harta ahirat sy yg 5 org tu.. sulung baju oren - Nur Reena. 2nd baju belang - Danial. 3rd baju ijau - Nur Aleeya. 4th baju putih - Farhan & 5th baby tu - Khairan... 6th.. lagi2 thn start production. Yang pompuan 2-2 dah ada booking nak jadikan menantu. Ha ha..


Yang boy takde booking lagi takat ni, tp tu la cita2 dlm repod kad nak jadi batman. Ok ke jadi menantu?? Tu la laki ni lambat btol matang. Yg pompuan dah bleh harap keje dapur dah.

Kalo ada nak booking buat menantu, bgtau la.. tgk la dulu anak sape.. nak masuk list direct nego ke.. selectice ke..wibawa ke.. waiting list ke..ha ha


Cukup dulu la kot, bg peluang kat org lain plak..

Assalamualaikum