Thursday, 17 September 2009

Salam AidilFitri dari Redzuan Sekeluarga




Dikesempatan ini kawe sekeluarga mohan agar semua salah dan silap baik semasa blogging maupun masa di kampus masa student dulu harap dapat rakan-rakan semua maafkan. Kalau ada hutang yang masih dijelaskan harap dapat dikhabarkan segera.

Raya ni kawe beraya di Selayang, Selangor aja (... almaklum Pn Ros dah tak berapa larat nak jalan jauh :) ). Jemput kengkawan semua bertandang ke rumah samada di Selayang maupun di Puchong bila ada kelapangan, bolehlah kawe masak special sikit. Rumah sentiasa terbuka. Kalu berkunci tu roger2 ke hp kawe. Tarikh open haus tu tak dpt nak bgtau lagi (sebab bibik dah lari).

Akhir kalam, Mohd Redzuan b Ahmad berserta Isteri Rohaya (@Ros) bt Che Ghani dan anak-anak Abdurrahman, Atiqah Batrisyia, Ammar Ezzuddin dan Aisyah Basyirah ingin mengucapkan:

* Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri *

No comments:

Post a Comment