Tuesday 11 August 2009

Subject: Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling
memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti
masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin
pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah
boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah
Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain
bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu
merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh
daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah
supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta
dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang
boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami
isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah
mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia
bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung
jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

37 comments:

  1. AKU TIAP2 HARI PELUK ISTERI

    ReplyDelete
  2. zue ko peluk huby ko sabtu & ahad je, aku tiap2 hari, jangan jelis waaaa..haaaaa..kah..kah

    ReplyDelete
  3. Izzat - aku pun tak tanyapun :) Betul tu Izzat kita hari-hari dapat peluk makwe kita kan. Bukan mcm org tu... hujung minggu aja... cian. Tabahkan hatimu ya :)

    ReplyDelete
  4. uan ko ni bila nak letak gambo ko, aku ni masih samar-samar wajah ko yang sebenar, tadi aku jumpa farid leman dia kata ko dulu masuk palapes. cepat le masukan gombo ko

    ReplyDelete
  5. Bersyukur lah zue dapat peluk setiap hujung minggu ....cam aku ni? ...uwaaaaa.. :-(

    ReplyDelete
  6. Roslan - bawak bertenang ya nak. Nko peluk bantal aja la ... heh-heh. Boring-boring apa kata nko panjat aja kinabalu tu :)

    ReplyDelete
  7. Aku bertenang ler ni hik hik, tenang kau ba. Bantal pun tak cukup ni.

    Amalkan 8 pi tu bagi korang yang boleh. Tapi dgr2 cite ada yang bergelar isteri belum dapat lesen 'P' lagi tu. P ambik cepat2 no. Nanti drebar outstation susah. HAHAHA.

    ReplyDelete
  8. Roslan - Podas cili dah teraso le...x pe le, ade hikmah di sebaliknya tau! Sekurang-kurangnye saye x le kena tinggal lagi suami out-station cam Zue dan awak tu..Di sbbkan x de P tu le dia x leh nak kemana-mana!! Dah kena ikat...HEEE.. Tapi kalo saya le jadi isteri2 yg kena tinggal saye lebih rela brenti keje ikut suami!!Ambik langkah berjaga-jaga le...Hu!Hu!Hu!

    ReplyDelete
  9. takut juga ko kena tinggal suami ya jijah, doa banyak, ko hafal doa yang zue bagi 2, insyAllah, tapi ko klu suami jauh, jangan pulak ko memandu macam zue sampai 180 km/j, laju tu. ini mesti zue pakai keta merz atau bmw,... aku lelaki ni pun jarang bawa 180,... 140 - 160 biasa le....

    ReplyDelete
  10. Izzat, Isy!!!takut le jugak...Kalo kena tinggal nanti x de org nak sbb buy 1 FREE 4! Kalo Si anonymous tu nak tak pe le jugak! Dia dah tak ade perasaan kat pompuan..nak ngorat dia dah tentu sia2 je! HAAA....

    ReplyDelete
  11. Izat & Wan -> takpe ni mase korang.. bagus la tu peluk tu kan tanda kasih sayang, respek & penghargaan pd pasangan masing2..
    Roslan-> ha ha ha padan muke.. kurang2 aku dapat gak peluk weekend. Takpe, niat cari rezeki kan.. henpon ade laptop intenet ade.. zaman skarang semua bleh online takde masalah.
    Jijah-> Memang le hajat dihati nak brenti jer ikut suami tercinta.. tapi dia yang tak bagi. Ye la nanti kite nak bagi gak mak ayah duit, nak beli mekap.. nak belikan mak abah baju raye, nak bagi adik2 yg tengah blaja sket duit blanje.. takkan semua nak mintak suami, sian die.
    Kite ni dah belajar berbelas tahun.. kan mak ayah dah banyak susah, bapak saya burh kasar je. Jadi pesalahnye dah keje skarang membalas jase dorang plak. Dorang bukan mtk byk.. bagi RM50 pun takpe.. yg penting bagi dorang rasa dihargai sebab anak2 masih ingat kat dorang walaupun sibuk dengan kerjaya.. anak istri/suami.
    Sian kat hasben kena keje jauh.. sebab nak support semua.. jadi saya tak tergamak plak nak brenti and bebankan semua pada suami..Tu pun dia masih bagi saya duit poket untuk blanje makan kat opis. InsyaAllah bile semua expenses dia bleh cover dengan jayenye. he he.. tulah saat yang saya nantikan untuk bergelar surirumah sepenuh mase.. Mase tu bleh la aku eksyen ngan izat and en rizuan kite tuuu

    ReplyDelete
  12. Zue> Memang sempoi ayat ko kat izat " tak tanye pun"..

    ReplyDelete
  13. Zue...no komen. Jgn mare ya!

    ReplyDelete
  14. zue,..
    .. mesti le peluk pasangan, sebab tu dapat anak berderet2. hee aku peluk tak kuat sangat kot bab tu dapat 3.5 je sekarang....

    ReplyDelete
  15. tak mare.. hari jumaat ni penghulu harikan.. mane.. kena kawal semua.. terutama nafsu amarah.. mane tau jap g lepas zohor kiamat.. mintak ampun yer kawan2..
    Skarang wabak menular.. kan tu tanda2 kiamat dah hampir..

    ReplyDelete
  16. Izzat - bini nko dah mengandung ke ?? Wah memang hebat Azlizu punya petua la. :)

    ReplyDelete
  17. Izzat - design yang baru ni tak best sgt la sebab kita punya image tak kuar.

    ReplyDelete
  18. Alamak sorry azizah. Tak pe tak pe tak yah ambik P yang tu. Minum air byk2 nanti hilanglah pedas tu.

    ReplyDelete
  19. Alamak sorry azizah. Tak pe tak pe tak yah ambik P yang tu. Minum air byk2 nanti hilanglah pedas tu.

    ReplyDelete
  20. Roslan- Mane boleh minum air byk2 kang jadi mak Roy le plak!! nanti suami komplen payah...kalo dia org yg jadi pak Roy tak pe le plak! Sungguh tak adil...

    ReplyDelete
  21. Jijah - setahu aku minum air banyak lagilah awet muda. Mana jadi Roy pulak. Amalkan minum lepas bangun pagi dan sblm tidur.

    Izzat - pura-pura tak nampak komen aku kat atas tu ya :)

    ReplyDelete
  22. Redzuan - setuju. Minum air banyak.. banyak manfaat.. tapi air kosong la. Kalo yg pagi tu, sebelom gosok gigi tau, sebab air liur basi tu ada enzim yg terbaik untuk pencernaan.. air liur basi sendiri lalu la..
    kalo bedmate..yg belum basi, ok lagi la.. ha ha ha..tau takpeee

    ReplyDelete
  23. Wan- amalan minum air masak yg tu memang le utk awet muda! Yg jadi masalah Roy tu kalo dah ari2 drpd pagi bwk ke mlm ko dok mengeteh,inyaallah boleh jadi Roy punye!Saye dah ade cth terdekat dah....Tak caye udoh le!
    Ros- ko pastikan si Wan tu minum 2x je 1 ari tau! 1x lepas bgn tido dan 1x sblm tidur...Gerenti x jadi roy punye!!HAAH!HAH!HA..

    ReplyDelete
  24. Redzuan,...
    ... komen yang mana satu wan,...
    ..bini aku memang tengah mengandung sekarang ni,anak ke-4, insyAllah, bulan nov. ni bersalin kot, harap-harap tu anak pompoan le, dah tiga putra,.. nak putri pulak.

    ... pasal design blog ni aku rasa, dah tak larat nak layan ngkorang le,.. klu semua orang komen aku kena ubah, lingkup company aku tak de keje lain,...aku dah bagi password tu,.. sapa rajin tu adjust2 le ye... jangan marah cakap kasar cikit,.. heeeee..

    ReplyDelete
  25. Azizah, Bos MKH kan dah kembali ke negeri yang abadi. Ke MKH lain ni?

    ReplyDelete
  26. Roslan - betul le tu...Bos sorang tu dah meninggal.Skg tinggal share partner dia le. Sayapun baru je join MKH nie(7 bulan). Mane ko tau Lan? Dulu penah keje kat sini ke?

    ReplyDelete
  27. Jijah- Pn Ros tanya minum apa pulak ni 1xlepas bangun tidor, 1x sblm tido... (lain mcm aja bunyinya tu - org dah kahwin aja boleh baca ni haa).

    Izzat - komen aku pasai anak nko dah 3.5 tu lah. Komen aku pasai blog ni nko abaikan ajalah. Kami pun tahu nko sibuk sentiasa. Jgn amik hati ya Ijjat.

    ReplyDelete
  28. Wan- Ko ckp kat Ros,suruh dia blend nenas ngan kulit2 sekali + perahan limau nipis. Pas tu bagi ko minum! Gerenti pas tu ko sakit perut buang air bosar. So porut ko jadi kompis le...Heh! heh!

    ReplyDelete
  29. ooooo,.. baru aku faham roy tu singkatan boroy,..perut buncit,..bila jijah tulis pak roy, mak roy aku konfius memikirnye,... haiya...

    wan,.. 3.5 tu maksudnya anak aku dah 3 org dan ibunya tengah mengandungkan yg ke 4, insyAllah bulan november bersalin le tu,...(hasil nasihat zue supaya sentiasa peluk isteri)....
    komen nko pasal blog ini aku tak ambil hati, sebab aku memang dah ada hati sendiri,.....

    ReplyDelete
  30. Aiii, lepas Ijjat, Zue, lepas Zue, Jijah, lepas Jijah Wan balik... takpa lah, janji kita bahagia kan

    Ijjat, ko memang pandai mengikuti perkembangan semasa, dari "3G" berpindah ke "3.5G". Akunya pulak 4.5G...insyaallah bulan 12. Penuhla seat kereta belakang, cam si Zue.:)

    ReplyDelete
  31. Jijah - petua yang hebat tu. Patutlah hang buleh kekal slim. :) Tapi Pn Ros katakan, kalu slim sgt tak best peluk. So x jadi lah nak guna petua nko tu. Aku punya seluar pulak, dari Form 5 dulu sampai la ni tak berubah-rubah saiznya. Ada petua nak Roy-kan sikit tang perut tak ? :)

    ReplyDelete
  32. Azizah,
    Bos MKH tu orang pahang. Ada ofis dia kat kuantan tu kan? Mohd Kasim tu member bos company aku dulu. Anak sedara dia pon ada kerja sekali ngan aku kat kompany lama dulu. Aku pon kerja consultant gak dulu. Itu ler ceritanya jijaaaah.

    ReplyDelete
  33. Tak pe wan,.. org tak nak komen kita le komen,.. saya tau ramai yg datang blog ni tapi mereka tak de masa nak komen sekali,..yang penting kita masih boleh berhubung sebagai kawan menggunakan kaedah ni & free pun bukan bayar macam hp,..

    betul tu wan, klu slim sangat peluk tak puas,.. bab tu aku cakap ngan bini aku tak payah slim sangat le, nanti bila aku peluk tak rasa, cuma kena maintance jangan sampai dua tangan tak bertemu,.. haaaaaaa...

    ReplyDelete
  34. Wan- kalo ko nak roy sonang je...hari2 ko suruh ros masak sodap2, pas tu ko mkn le 3-4 pinggan (pinggan jgn le mkn). Kalo dah ari2 cam tu gerenti ko jadi roy punye! Eh! ros msk sodap ke? Dulu mase keje kat JB ponah satu umah sewa ngan Ros tapi x hingat le dia masak sodap ke idak! Ros, jgn mare kang copat tua! nanti wan cari lain plak...hee..

    Izzat- cam saye terpaksa kekal slim sbb pak we kat umah tu dah jadi roy.Kalo dah dua2 roy bila peluk kang belage porut le plak!! HAA...kan ke susah nanti.

    Roslan- ooo...gitu citenye yer!! Kat kuantan memang ade branch MKH. Tapi skg kat sane x ade bos yg control! Bos sini le yg selalu kena turun naik ke sane.Ingat nak mintak jadi bos kat sana tapi tak layak le plak! HEEE..

    ReplyDelete
  35. Jijah - Kalu Pn Ros masak mmg 2-3 kali kena tambah, terutama kalu ada budu cap keterah & ulam-ulam :) Sbb tu aku tak suka "makan luar" (byk makna tu). Hang kena try dia punya Nasi Kerabu, pehhh... ni nak kena suruh dia prepare utk berbuka nanti ni :)
    Masalahnya dah makan cam tu pun still maintain :) Mungkin aku nak kena telan dgn pinggan-pinggan sekali baru jadi. :)
    Neway, yg penting kita rasa sihat tak de penyakit dan masih buleh main futsal 2-3 round lg :)

    ReplyDelete