Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
Walaupun orang yang hadir itu merintih.... .
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.. Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna.. Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
Tuesday, 1 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mengapa tidak ada seorang pun yang komen perkara-perkara yang baik ini. Ingat lah wahai teman-temanku hidup ini bukannya lama sangat, pejam celik, umur sudah hampir mencecah 40 tahun. oleh itu janganlah tinggal sembahyang walau satu waktu, janganlah tidak berpuasa walau satu hari(kecuali wanita),bagi tauke2 itu pergilah haji, macam hj Shuzainy.,bagi tauke contractor tu, janganlah selalu enter.client kat karoke/dangdut (belanja makan dekat hotel/restoran ok lah tu). Yang bekerja dengan client/consultant tu janganlah minta2 dengan contractor, ambillah hak anda sahaja, gaji, elaun, overtime atau fees bagi tauke consultant. Tidak ada guna wang berjuta/harta menimbun kalau papa iman, Selalulah datang ke masjid/surau. masa terlalu cepat berlalu meninggalkan kita,... sisa2 hidup ini terlalu singkat untuk kita menebus kesilapan dimasa lalu.
ReplyDeleteBukan x nak komen wahai sedara anonymous.. Apa yg disampaikan tu sememangnya perkara yg benar & betul. Buat apa nak komen benda yg betul? Sewajarnya kita cuma ambik ingatan dan mengamalkan sahaja apa yg sepatutnya....Nanti tersalah komen nanti payah le pulak dan kalau memandai-mandai/terlajak komen plak kang kata cam ustaz/ustazah le pulak! Jgn marah ya...
ReplyDelete-hamba Allah-
En/Puan Anonymous - Hidup kita ni disibukkan sgt dgn hal-hal duniawi sampai kita lupa bincang soal Agama. Persepsi kebanyakan org adalah biarlah bab-bab agama ni di bicarakan oleh Ustaz2 aja. Aku rasa rata-rata pengetahuan Agama kita bukanlah cetek pun atau tergolong dlm golongan yg jahil agama sampai tak kenal mana dosa, mana pahala. Cuma orang selalunya tak nak komen bila masuk bab-bab Agama atau berbuat baik ni. Yelah, salah komen kang ada yg hentam pulak. Nak merapu pun tak buleh.
ReplyDeleteNeway, tima kacih atas nasihat yg diberi. Ingat-mengingati sesama kita amat penting, agar kalau ada yg dah terlanjur tu, bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan. Ingatlah - salah satu sebab doa tidak dimakbulkan adalah kerana mengalirnya dalam darah kita rezeki dari sumber yang haram. Bulan posa ni masa paling sesuai utk kita muhasabah diri, perbetulkan diri dan mula serta laksanakan azam baru.
~my 2 cents~
ape tajuk sajak nie..??? ada audio punya x... lagi seronok kalu ada orang tolong bacakan...lebih menghayati...
ReplyDeletesajak yang amat bermakna pada diri dan semua, semoga yang membaca mendapat manfaat dan rahmat Allah swt.
ReplyDeleteAssalam. Mohon share. Mudah2an mendapat keberkatan
ReplyDeleteSajak ni dalam ikim.fm...sape bleh share die punya deklamasi die tu?
ReplyDelete