Nama : Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
Panjang : 76.70 Kilometer
Tarikh dibina : 18-Jul-2005
Alamat pejabat : No. 16, Jalan Palma Raja 2, Taman Dato' Chellam, 81800 Ulu Tiram, Johor
Konsesi : Senai-Desaru Expressway Berhad
Telefon Utama : 607-8616384
Fax : 607-8616154
Nota
Lebuhraya Senai-Desaru dapat menghubungkan bahagian timur barat bagi Negeri Johor. Panjang keseluruhan jajaran SDE adalah 77 km dan terbahagi kepada 3 pakej seperti berikut:-
· Pakej 1 (23.1 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Malaysia-Singapore 2nd Crossing (MSSC) ke Persimpangan Ulu Tiram ( 2 lorong 1 hala)
· Pakej 2 (26.9 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram ke Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru dan Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang (2 lorong 1 hala)
· Pakej 3 (27 km) – Dari Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru ke Persimpangan Penawar (1 lorong 1 hala)
Terdapat 6 buah persimpangan bertingkat di sepanjang jajaran SDE:-
· Persimpangan Bertingkat MSSC
· Persimpangan Bertingkat Senai
· Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram
· Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru
· Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang
· Persimpangan Penawar
Lebuhraya ini akan beroperasi dengan sistem tol tertutup dan mempunyai 4 buah tol plaza serta dilengkapi dengan sistem perlampuan jalan, telefon kecemasan, 'Variable Message Sign (VMS)' di sepanjang jajaran dan kawasan rehat dan rawat di kedua-dua arah iaitu berhampiran kawasan Layang.
Lebuhraya ini akan dirasmikan bersama Menteri Kerja Raya dan Menteri Besar Johor pada 10 September 2009, jam 10.00 am, Plaza Tol Ulu Tiram