Monday 7 September 2009

ALUMNI UTM




Makan Tengahari Bersama DKA 78-83










DKA 78-83 (Diploma Kejuruteraan Awam) telah mengadakan satu majlis makan tengahari pada 4 April yang lalu, bertempat di Cafe Alumni. Majlis reunion ini telah dihadiri oleh 60 orang Alumni DKA beserta ahli keluarga. Sambil menikmati hidangan tengahari yang istimewa bersama-sama Pengerusi DKA 78-83, Dato' Shaari Adam, Alumni mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan beramah mesra sesama mereka. Reunion ini menjadi platform mereka untuk berkumpul dan bertemu hampir setiap 3 bulan. DKA 78-83 merupakan antara SIG yang aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti mereka dan diharapkan menjadi contoh kepada SIG lain.
Berita ini saya petik daripada laman web Persatuan Alumni UTM http://www.utmalumni.org.my/. Saya berharap DKA 92-95 juga aktif melaksanakan aktiviti seperti ini. Bukan sahaja kita aktif dalam blog tapi juga aktiviti2 lain seperti perjumpaan ringkas sambil makan2 ringan.
..........MOHD IZZAT SALO BIN ABDULLAH

4 comments:

  1. Kepada kekawan jb yang involve ngan jamuan berbuka .Dijangkakan pengerusi dka 92-95 akan mengambil langkah yang sama seperti pengerusi dka 78-83 untuk menaja sepenuhnya jamuan yang bakal diadakan di M suite-jb ,8-Sept 09....AMINNNN

    ReplyDelete
  2. anonymous,.. mana nko tau pengerusi DKA 78-83 menaja sepenuhnya jamuan itu, tak ada pun dalam posting diatas. Lagipun DKA 92-95 tak ada AJK lagi...haaaaaaaaa.... so abis makan bayo le sendiri

    ReplyDelete
  3. hehehe nasib la org jb.kitak kena cepat2 lantik pengerusi inik.

    ReplyDelete
  4. AJK = AHLI + JANGAN + KEDEKUT

    Salam CD

    ReplyDelete