Tuesday, 28 July 2009

salam 2 all kawan-kawan.
t.kasih kepada yang telah mengunjungi blog ini. namun begitu hanya seorang yang meninggalkan komen,. yg lelain hanya melawat saja. Amat le diharapkan agar kekawan tinggalkan le sedikit komen....cth akum... ringkas je.. tau le awak semua tu sibuk.... keja banyak. Untuk memudahkan kita berhubung tinggalkan alamat email....sesiapa yg lum ada facebook tu... buat le facebook... kemudian leh juga kita berhubung guna facebook....... ni azlizu le yang ngajar aku guna facebook ni... nampak practikal dan murah. Klu guna hp.. mak wai... mau kena bayar 4.. 5.. ratus sebulan. Selamat duit..., lagi-lagi yang jauh, duduk kat jb, perlis, atau sabah & sarawak. Kali ni aku nak tanya kawan-kawan kat mana member2 yang dlm gambar ni. Berdiri dari kiri Sharunizam katanya ada kat JPS ibu pejabat, Ruddaini kerja ngan consultant kat pahang, aku cuba kontak tapi tak pernah dapat, mohd izzat salo dia ni aku dengar kat JB jadi consultant & kontraktor dengar khabarnya dah ada ir. ....kekawan tu klu ada projek rekemen le kat member kita ni, duduk dari kiri saya lupa nama, suhaimi.. tak tau kat mana, Siow dengarnya sambung belajar kat UPM lepas tu tak tau gi mana.. Oleh tu kekawan yang tau maklumat kawan-kawan ni dan juga kawan lain. Boleh le bagi maklumat dalam blog ni, klu tak pun emailkan ke utmdka9295@yahoo.com .

20 comments:

  1. Aku kerilu sikit ngan blog ni. sapa punya posting kat atas tu.. nama tak keluar pun.

    ReplyDelete
  2. Wah.. memang cekap la Tuan Mod. Komen aja terus amik tindakan ... inilah yg kita mahu people first, performance now !! (Alamak ala-ala kebiruan la pulak)

    ReplyDelete
  3. En Izzat dah buka company sendiri ke ?

    ReplyDelete
  4. Ros,..
    abih belajar dulu saya joint consultant firm kat jb sbg TA, lepas tu sambung belajar space utm, dapat naik pangkat Engineer, cukup kelayakan saya mohon PE, dapat IR. kebetulan tauke saya pecah kongsi, seorang dpd mereka menawarkan saya sbg partner,...itu dlm perunding. Dlm bidang kontraktor,.. seorang kawan sekuliah kita dulu menawarkan saya sebagai rakan kongsi, tanpa berlengah kami berdua menubuhkan syarikat kontraktor (Salo Construction Sdn Bhd) kelas "D" dan sama2 mencari projek, tanpa diduga kami memperolehi 3 projek dlm tahun pertama (rezeki daripada Allah). Alhamdulillah semua projek tu telah siap pada masa yg ditetapkan (no EOT). itu le kisahnye.

    ReplyDelete
  5. Salam Ir. Mohd Izzat Salo,
    Kawan-kawan berenam yang bergambar dengan alat level dan staff tu Cuma nama aku je yang ko lupa. Aku yang duduk sebelah suhaimi tu bernama Roslan bin Hasan. Ndak kesa lah ko tak ingat pon. Aku memang low profile. Kalau awek comfirm tak kenal aku.
    So FYI aku sekarang kerja dengan salah satu syarikat milik Felda Holding. HQ di KL tapi buat masa ni aku kena dok sabah. Ada projek upgrade kilang di Umas, Tawau. Ndak tahan suda ba…. Sebulan sekali jak balik jumpa famili. Email aku lanh74@yahoo.com atau roslan.h@felda.net.my. H/P 0139319368. No matrik : hehehe…

    ReplyDelete
  6. Roslan,...
    ...maaf le lan, aku lupa nama ko, ini le tujuan blog ini diujudkan, untuk mengingatkan kembali kawan-kawan lama yang telah terputus hubungan. rupanya ko keja sama tempat ngan Ali Ramli kat Felda Holding. aku pernah talipon dia, tapi tak pernah jumpa. ko kerja kat felda umas tu mesti lalu kampung aku iaitu kg. Iban. sekarang ni saya rasa musim buah kat sana. klu ko singah beli buah-buahan kat kg. Iban tu ko sebut nama aku, insyAllah boleh dapat harga baik punya. kat sana orang kenal aku Salo je... Hati-hati kat bandar Tawau tu, kat sana banyak tukang copet duit. klu balik semennjung tu jangan lupa beli barang cenderahati kat pasar gantung sebelah hotel Marco polo, tapi jangan terus beli, kena tawar harga. dan jangan lupa beli makanan laut, harga sanan cukup murah, seperti udang kering, sotong kering, ikan kering dll. klu nak makan makanan laut makan kat sabindo, kat situ banyak makanan laut sedap.

    ReplyDelete
  7. Salam Izzat,
    Ali Ramli kerja sykt mana? Aku Felda Palm Industries Sdn. Bhd, sykt kilang sawit.
    Aku rasa aku selalu nmpk Ali lah.
    Tapi mmg btl aku ni low profile. Dia pandang aku cam tak kenal langsung.

    Aku baru je join felda. Sebelum ni kerja consultant. Byk jgk wat design jambatan tapi simple2 je lah. Kat pahang tak byk projek flyover.

    Kg iban tu kg ko ya? Jalan mendap teruk jugak kat situ. Dah berapa lama kita ndak balik kg ba?

    Aku sekarang kena monitor civil work untuk sykt aku di seluruh sabah. Tapi disabah ni kilang felda di Tawau dan Lahat Datu aje lah. Hari2 mkn udang disini ba.

    ReplyDelete
  8. Salam Roslan,...
    .. Ali Ramli kerja kat ibu pejabat bahagian kejuruteraan, ko cuba cari dia, ko tegur dia dulu, mugkin dia lupa tu,....
    klu ko ndak udang galah fresh, ko pegi kalabakan,sana banyak udang fresh, tapi tengok hari juga...selamat menghirup udara segar sabah lan, klu aku balik sabah hujung tahun ni aku call ko,

    ReplyDelete
  9. Roslan - tentu seronok dapat rasa idup di Sabah ya. Gunung Kinabalu tu dah berapa kali nko panjat ? Masih kenal Shuzainy Ismail budak Kelantan tak ? Dulu dia ex-poly cam Azmi Aladin gak. Shuzainy kerja ngan Puncak Niaga di Sabah sekarang.
    Berapa lama lagi assignment nko di Sabah ? Cian ya tinggal anak-bini, untuk cari rezeki yg halal, byk pahalanya tu. Moga nko tabahkan hati di sana.

    ReplyDelete
  10. Salam kawan2,
    Gunung kinabalu? Alamak redzuan, aku kota kinabalu pon tak nah jejak. Jauh tu. Aku igt izzat pon belum pernah panjat. Sorry izzat kalau andaian aku salah. Mungkin susah nak pergi sana. Sebab kat Sabah ni ada 11 kilang Felda. @ di tawau dan 9 di Sahabat, Lahat Datu.So itu je lah kawasan liputan aku di Sabah. Nanti aku suruh CEO aku bukak kilang dekat2 Gunung Kinabalu pulak. Kakaka.

    Bab Ali Ramli tu susah nak cari dia, ntah tingkat brp ofis dia. Aku tingkat 4. Nama popular company aku FPI. Aku rasa Ali ni kerja Felda Engineering and Services kot. Nama popular dia FES.

    Anyway aku lupa nak ucapkan tahniah kat barder Izzat Salo sbb aku rasa sebelum ambik course DKA dulu ko dari kelas sastera. Sorry kalau salah. So struggle jugak especially math subject. Tapi tahu2dah dpt PE. Tabik tuan IR Izzat. Kebanggaan Kg Iban.

    ReplyDelete
  11. ROSLAN;
    ... memangpun aku tak pernah naik gunung kinabalu.. tapi bandar kota kinabalu (kk) tu biasa, sebab salalu transit kat kk, ko sesekali tu singah le kat kk....
    .... aku dulu sebenarnya dari form 6 sastera bab tu aku tua dua tahun daripada korang, masa form 5, aku sains gak, tapi tak ambil +math. itu sebab masa belajar kat universiti aku susah nor nak lulus math, mesti ambil 2-3 baru lepas

    ReplyDelete
  12. Sebut pasal repeat paper, aku ada repeat satu paper 3 kali. Dinamik. Kali pertama mestilah fail kan. Kali kedua final exam pon tak pegi. Kali ketiga cukup2 4.0 je.

    ReplyDelete
  13. tapi pengalaman, yg tak boleh aku lupakan ialah masa semester pertama aku gagal math trigo. balik kelas je aku menangis bab gagal, aku takut kena buang u, dan balik kampung, malu weh.....

    sama juga, masa aku buat ijazah SPACE UTM, semua subjek math aku ulang. tapi paling memeningkan kepala ialah persamaan terbitan,...sampai satu ketika 2 aku terpaksa buat kelas kat utm KL, sebab nak habiskan juga ijazah aku, masa 2 satu kelas ngan Farid. jadi untuk memudah semua pihak aku sanggup ambil dan bawa Lecturer math dari jb-kl, tiap sabtu dan ahad. akhirnya aku dan farid lulus dan tamat ijazah.... klu aku tau bini si Redzuan 2 cikgu math, aku pegi tusyen ngan dia, betul tak PN Ros......

    ReplyDelete
  14. Fuh penat lelah ko berbaloi tuan izzat, aku ni asyik tangguh2 nak sambung. Sampai la ni tak sambung2. Dulu PA aku zainudin taib suruh aku sambung terus, aku nak kerja dulu. Dah kerja setahun terkawin pulak. Dah susah nak sambung.

    Dulu UTM semarak tu jauh sekarang ni dekaaaaaat je dgn ofis aku. Macam dipanggil2 pulak.

    ReplyDelete
  15. lupa2 satu lagi,
    gambar di DSI. Yang pakai neck tie barisan depan. Izam (bad), ? , Wan Nur Muhammad(tak silap aku, trg jugak tu) , ? ,?, dan razak...

    ReplyDelete
  16. Ir Izzat - tak dok hal, walaupun dah jadi Big Boh, kalu demo nok atar anok-anok demo tuisyen intensif (berserta insentif la tu ya) ngan kawe, bisa di atur :)

    ReplyDelete
  17. Lan,...
    ... ko jangan tak sambung belajar,.. kena kuatkan semangat tu. Aku dulu pun cam tu, dugaan belajar masa dah kerja & berkeluarga banyak sangat. Nak ulangkaji kul 11 - 12 malam baru boleh mula. Bukan ape,.. balik keja luangkan masa ngan anak, selagi anak tak tidur selagi tu tak boleh belajar. klu hari khamis kena bermesra ngan ibu dia pulak.... silap2 start belajar kul satu pagi... tapi klu ko sambung belajar jangan terputus2... teruskan..

    ReplyDelete
  18. Cikgu Ros,..
    .. cam ne aku nak hanto anak aku tuisyen ngan cikgu kat kl,...anak aku yang no.2 tu memang math dia teruk, aku naik pening kepala, dah macam2 tempat tuisyen aku hantar dia,... bagi le petua sikit cikgu.

    ReplyDelete
  19. Alah En Izzat ni, Air Asiakan dah murah la ni. Ko booking la utk tahun depan tiap-tiap minggu datang rumah Cikgu Ros tu. Nanti dia jemput la kat Airport. (Nko kan dah taukeh besar la ni).

    Mengajar anak jangan sampai dia jadi tension. Lain anak lain kemampuannya. Itu nko nak kena appreciate. Try to make learning fun. Slowly insyaallah masuk juga. Yang penting dia dan kita dah berusaha. Cam aku... aku tak pentingkan sangat result periksa (Utk anak yg cam ni la). Yang penting dia ada kesungguhan nak belajar & dah put in all the effort. Always stress pada kefahaman konsep selain latih tubi. Sekian.

    ReplyDelete